Tuesday, May 05, 2015

Pekakkan Telinga

People love judging others. No doubt.

Apa kau boleh buat tentang tu? ''Pekakkan Telinga''. Manusia, mana tak pernah judge orang lain. Walaupun kau dilabel sebagai ''manusia paling baik'' mesti pernah sekali dua tiga empat kali. Lumrah lah tu sebab apa? Sebab semua manusia tak perfect.

Bila semua benda kau buat dikritik membabi buta, mulalah rasa diri ini dicelaka kan oleh spesis yang sama. Walaupun benda yang kita buat tu, betul. Kalau salah, aku terima kutukan,makian ataupun kritikan pedas dari mulut yang berhawa busuk. Untuk upgrade diri ke arah yang lebih betul.

Tapi, kalau dah semua benda yang kita buat, disalahkan, itu bangang. I don't give a shit so fuck off! Gitoooo. Satu je tips, ''Pekakkan Telinga''. That's all. Kalau kau rasa kritikan tu bagus, kau simpan. Kalau berbaur perlian yang cam bangang, kau campak dalam loji taik. Habis cerita.

Hidup penuh depressed dan stress ni tak best babe, Semua benda yang kita nak buat mesti rasa terjejas and feeling down gila. So, chill je. Ada baik dan buruk. Kau ada otak dan akal, boleh asingkan dan guna pakai kalau rasa bermanfaat.

Harap post aku ni korang faham. Kian lama, ayat aku pun dah tunggang-langgang dek dah lama tak post dalam blog ni.

Pedulikan orang kata, yang penting kau kenal diri kau sape. Chill lah babe. Don't be a faker. 

Tuesday, January 06, 2015

Segaris Senyuman

Terlalu banyak kisah sedih yang aku redah sepanjang 2014. Dan kesannya, mematangkan aku dalam hal kehidupan. Bukan semua benda yang kita sangka buruk tu mendatangkan celaka dalam hidup ni. Think on positive side, Inshaa Allah you'll find it.

Assalamualaikum semua. HAPPY NEW YEAR! It has been for many years aku meyemakkan cerita aku dalam blog ni. Kesian korang pun terpaksa baca. Bagi yang sudi,terima kasih. Hey guys as I'm unofficially 18 now. Alhamdulillah masih sihat Dan waras. Harapan semoga azam yang sebelum ni dapat dimakbulkan dengan sempurna. Bukannya menabur azam melangit tingginya membabi buta. Semua tu sampah, bro.

Senyuman ikhlas Dari aku sebagai sedekah untuk korang semua yang sedang membaca post yang tiada isi menarik ni. Maaflah jika tak gempak. Aku pun bukan rajin nak publish post sejak dah ada natang apps best-best macam instagram ni semua. KAHKAHKAH terasa kuno pula ayat aku tu.

Okay semua. Ciao. Jaga diri.
Rupa hodoh macam kera.
Lek lah, bila ko dah tua kelak,semua berkedut dan mereput, time tu kecantikan dah lesap ditelan zaman. 
Dan baru ko sedar, kecantikan bukan yang utama.

Friday, July 11, 2014

Hilang Dan Ranap

Aku seorang anak tunggal yg dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana dan bahagia. Semasa kecil,aku menangis dengan perkara remeh. Mengada-ngada. Kini, bila dah dewasa, aku masih menangis. Menangis dan menangis. Itu bukan bermaksud aku lembik, lemah. Tapi untuk menguatkan hati.

Kenapa menangis?

Menangis kerana kebahagian itu hilang. Ranap. Musnah. Aku Cuba untuk membinanya semula, tapi ia ranap dan musnah buat kali kedua. Aku cuba tabahkan hati, menguatkan semangat untuk membina kebahagian yg telah mati itu, aku hampir berjaya, tapi disebabkan seseorang, ia ranap kembali. Musnah berkecai. Aku menangis. Adakah ini pengakhirannya? Itu hak aku. Keluarga aku. Itu tanggungjawab aku untuk melindungi kebahagian itu daripada hilang. Aku gagal.

Hanya Allah yg mampu mengubat hati yg sudah berkecai. Tak mampu untuk bangkit daripada jatuh yang perit ini. Nasiblah masih ada manual yang qadim, Al-Quran. Alhamdulillah, rasa tenang.

Mungkin ini semua cubaan daripada-Nya. Aku terima dengan redha. Tapi, aku inginkan kebahagian itu datang kembali. Seperti dahulu kala, sewaktu aku kecil. Rasa kasih-sayang yang amat berharga daripada harta dunia. Ye, jangan mudah putus semangat.

"Kau boleh, Tasha!!! Kau mampu"
Aku boleh hadapi ni semua. Walaupun aku keliru, aku akan cari jalan keluar. InsyaAllah.

Ya Allah, kuatkan imanku.


Saturday, January 04, 2014

Hari ini

Assalamualaikum
Aku muncul lagi...dah lama tak update story dalam blog yang uzur ni.

Hari ini aku nak berkongsi cerita dengan korang semua tentang ''Haiwan Jalanan''
Jumlah haiwan jalanan kian meningkat setiap hari. Bila nampak anjing @ kucing yang kurap, buruk, luka sana sini, patah kaki, ayat pertama bagi orang yang ada hati perut ialan ''Kesiannya'' tapi bagi orang yang tak ambil kesah mesti kata ''Eeee''. Bagi aku orang yang jenis ''Eee'' memang kejam. Sebab mereka menganggap haiwan jalanan ni semua macam sampah. Dan Useless. Wahai golongan tersebut, haiwan jalanan juga ada perasaan seperti manusia biasa. Cuma yang membezakan haiwan dan manusia ialah Akal fikiran. Kadang-kadang aku rasa haiwan lebih berhati perut daripada manusia.

Bagi aku, haiwan jalanan ni sangat unik. Sebab apa? Mereka ni bijak cari makanan, tempat berteduh, selamatkan diri daripada bahaya. Mereka nak hidup. Jadi mereka perlu berdikari untuk meneruskan kehidupan walaupun tanpa akal. Walaupun tanpa tuan. Mereka tak pernah jangka bahawa mereka dilahirkan sebegini. Hidup di dunia yang kejam dan selalu diketepikan kerana rupa paras mereka yang ''Buruk''. jika mereka ada peluang untuk hidup bahagia, walaupun hanya sekejap, mesti mereka berasa bersyukur tak terhingga.

Kalau direstoran, aku nampak kucing jalanan meminta makanan walaupun sedikit,mereka tak kesah. Walaupun ia hanya sisa, tapi dah cukup berharga. Dah cukup mengalas perut mereka bagi meneruskan kehidupan pada esok hari. Orang yang bagus, dia akan bagi sedikit makanan kepada si ''bulus'' yang kelaparan. Tapi, bagi orang yang kedekut, dia akan berkata ''Membazir je bagi kucing ni''. Singkatnya pemikiran orang sebegitu. Si ''bulus'' hanya minta sedikit makanan. Bukan sepinggan. Itu pun dah dikira sedekah.

Tadi masa aku pergi ke Mydin, aku ternampak sekumpulan anjing jalanan sedang tidur di lantai. Lena sungguh. Alahai comelnya walaupun kau berkurap. Semuanya ada 6 ekor. Seekor tu aku nampak kaki dia patah dan ekor pun ketot. Mungkin ekor dia patah. Tersentuh aku melihat mereka. Walaupun mereka hanya anjing buruk, tapi mereka masih punya keluarga walaupun tak sempurna, walaupun bukan dari baka yang cantik. Yang lagi aku rasa tersentuh bila kawan kepada anjing yg patah kaki tu sentiasa iring supaya dapat berjalan dengan sempurna. Aku menangis. Sebab kasih sayang mereka tu sangat utuh.
Walaupun
 makanan mereka hanyalah sisa
Katil mereka hanyalah jalan raya
Minuman mereka hanyalah kelopak air
Dan
Mainan mereka hanyalah sampah

Tapi,secara konklusinya aku dapat melihat mereka ini bahagia.


Thursday, May 23, 2013

My cute cats.

nampak tak? yang hitam putih namanya 'Comot' .Yang hitam kuning agak putih-putih sikit tu namanya 'Nining'. Comot jantan dan Nining betina.Mereka bukan adik-beradik tetapi hanyalah sahabat dan kini telah menjadi sahabat karib (mungkin) .Comot tu nakal sangat.hyperactive terlampau sangat.Almaklumlah jantan lah katakan.Yang Nining ni dia slow motion sikit.Kononnya bersopan-santun sebab diakan betina.Hahahaha.Tapi kadang-kadang bila dah datang sawan habis semua dia langgar.

Aku jumpa mereka bulan lepas.Yang Nining tu merupakan hadiah hari jadi aku daripada pekerja mama aku ni.Aku cakap tak perlulah beli apa-apa.Just nak kucing.Kucing kutip pun tak kesah asalkan spesis kucing dan bukan beruk.Tetiba pada 17 April,aku telah berjumpa Nining buat pertama kalinya.Kesian dia kena bungkus dalam plastik.Nasib tak lemas sebab ada lubang.Hahahahaha comel kot.Masa mula-mula jumpa memang kurus kering.Dah rupa badan peserta next top model je.Kesiannya dia tu.Tapi sekarang.....hmmm kuat melantak.Pantang dapat makan nak makan lagi.Amboiiiiiiii melampau.

Seterusnya,selang dalam 7 hari,terjumpa pula dengan si kecik Comot ni.Kisahnya bermula daripada mama aku lah.Nampak kucing ni terbiar tanpa ibu.Tak tahulah ibu dia kat mana.Mama aku jumpa kat Mydin.Terus lah di bawa balik ke rumah.Aku pun dengan terkejut dan berbesar hati menerima kedatangan si kecik ni.Masa dia datang tu memang dah gemuk pun.Maybe dia ada ibu,tapi ibu dia tinggalkan dia gamaknya.

sekarang dah nak masuk One month.Alhamdulillah semuanya sihat.Walaupun mereka hanyalah baka kucing biasa,tetapi yang paling penting,they're understanding me a lot.That's why i love them so much! :)

Jadi,kita sebagai manusia,kenalah menghormati haiwan-haiwan terbiar ni.Walaupun mereka tak comel,tapi mereka still ada perasaan.Sebaliknya jika kita tolong mereka,mereka akan mendoakan kita.

Please stop animal cruelty.Animal,they're innocence.They can understand us.There's no word to describe some people who hate them .Darn.

with that,
the end of the story.
Assalamualaikum. :)

Thursday, May 09, 2013

boom boom chaak!

Assalamualaikum kalau tak jawab dosa,kalau jawab Alhamdulillah. 
APA KHABAR YONG YOB Oiiii?! rindu tak?kahkahkahkahkah. tak?okay....

Lamanya aku tak muncul dalam blog yang dah tua ni.Aku rasa blog ni dah nak masuk 4 tahun kalau tak silap.Blog ku tetap setia bersama walaupun aku bukanlah rajin sangat nak updatekan kau.Thanks a lot.Love you damn damn damn much.hahahahahaha ok ok ok! dah lah.
Aku nak mulakan dengan cerita yang simple.Almaklumlah terasa kekok pula bila dah lama tak berblog kan?


Wuuuuuuu *bunyi melambangkan kegembiraan*
Kehidupan sebagai pelajar pasca PMR 2012 sangat busy.Walaupun gembira sebab dah habis PMR tetapi SPM menanti aku tak lama lagi.Well, life as a pmr student is lot better than being a form 4 student.
Yes,i'm so sure it's true.My first Add math test in March i guess,i failed.You know?!!!! i want to give up but my mom always said that,this is just the beginning and yes,i must face it patiently.And now,i'm having my mid year exam at school.Alhamdulillah so far,i can do very well.But next week,the most scariest papers (hiperbola betul ayat ni) are waiting! Add maths + physics =I'm dying. hell!!!! i don't want! please weh please! *sobbing* thanks for your ''Good luck'' wishes.I really need your luck right now.hehehehe just a joke.
Sebenarnya aku ada banyak cerita nak share dengan anda semua tapikan asal aku nak sign in blog ni mesti malas.Dan malas dan malas dan seterusnya malas.Sampai kesudah tak rajinnya.Nanti bila aku rajin aku akan update.wait aaaaaaaaaa. :)
BYE KALIAN SEMUA! SEE YOU IN HEAVEN.
ASSALAMUALAIKUM

Thursday, December 13, 2012

Hang out!

Assalamualaikum semua! yuhuuuuu aku kembali.Yuhuuuu harap-harap ada oranglah.Hehehehe
10/12/2012
Ibu bapa aku ajak pergi Gerbang Malam pada mulanya.Tapi tetiba pergi Jaya Jusco Ipoh.Haa apa lagi.Aku dah syak dah ni nak pergi tengok wayang.HAHAHAHHAHAHA gembira tak terkira time tu.Aku katalah aku nak tengok ''Life of PI''.It was the best movie ever! Kami bertiga habis dalam RM 42.Wah...mahal?Tak apa.Tak rugi sebabnyakan cerita ni memang best.

Haaaa itulah tiketnya.Hehehehe aku memang pengumpul tiket. :p
Tapi cerita tu pukul ''10.15pm''. So,mama aku ajak makan chicken chop kat food court.Nak bergambar juga.kikikkkkikikiki.

Haaa nampak tak muka aku tu?Kahkahkahkahkahkahkahkah! muka teruja.Seram je aku tengok.
Lepas je kami melantak,kami terus main bowling kat tingkat atas sekali.Aku kalah dengan bapa tercinta.Cis kek betul.Tapi aku tak kesah.Relax lah.Heroin selalu kalah dulu.
Taraaa! Ni dia detik-detik yang kami nantikan! Time kami bergambar semua ni dalam pukul 10:05 pm lah.Sempat lagi posing.Hehehe aku segan sikit sebab ramai yang tengok.Aduh leceh lah.Janganlah tengok.Susah nak senyum manja.



kahkahkahkah! gambar semua kaku!Aku ingatkan kalau tengok malam tak adalah ramai orang,rupanya ramai juga tengok cerita Life of PI ni.Perghhh *thumbs up*
*********************************************************************************
Keadaan masa dalam panggung,cerita ni ada lawaknya,ada sedihnya,dan ada serious nya.Part yang paling sedih masa kat kapal yang karam tu.Part tu paling sedih dan aku tak boleh tahan menangis sebab PI is trying to safe his family but then,he can't.Lagi satu part masa PI dan binatang-binatang iaitu,a Zebra,an orang utan,a Hyena and a Bengal tiger (Richard Parker) dalam satu sampan.Aku tak berhenti menangis dan memaki ''babon bodohlah hyena ni.Cirit!'' bila Hyena tu gigit zebra dan orang utan dan tetiba Richard Parker muncul.Aduhai,epik gila.Korang nak tahu tak? Orang kiri kanan aku pun menangis tau! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA itu yang aku rasa lawak sebab aku ingat aku sorang je yang menangis.Aduhai.Last part yang aku menangis,masa PI dan Richard Parker kena pukul ribut kat tengah laut.Masing-masing ketakutan dan bila dah tenang semuanya PI peluk Richard Parker sebab mereka redha untuk mati bersama. Dan masa mereka dah sampai ke satu tempat di Mexico,mereka berpisah tanpa ckap ''Good bye'' atau ''thank you''.Richard Parker menghilangkan diri dalam hutan begitu saja.Dan PI dibawa ke hospital dengan segera.
Cerita ni memang penuh dengan makna tersendiri.Korang kena fahamkan betul-betul jalan cerita baru boleh menangis macam aku ni.Hahahahaha aku teringin nak bela seekor harimau lah.Eeeeeee comel! KAHKAHKAHKAHKAH

Ok,tamat cerita.Hehehehe Assalamualaikum.xoxo
Moral values yang boleh aku ringkaskan daripada cerita Life of PI :
-Sentiasa menghargai setiap benda yang ibubapa kita beri kat kita.
-Aku rasa Richard Parker tinggalkan PI begitu saja mungkin sebab dia tak sampai hati nak tengok buat kali terakhir sahabatnya itu.Dia sedar dia seekor harimau Bengal dan PI seorang manusia tak mungkin boleh bersama selamanya.Dia mungkin sangat sedih untuk mengucapkan ''Selamat Tinggal'' kat PI.
Akhirnya mereka berdua ada kehidupan masing-masing.PI dah ada keluarga sendiri.Dan Richard Parker tiada cerita.Mungkin aku rasa dia pun dah ada keluarga sendiri di dalam hutan sana. :)