Friday, July 11, 2014

Hilang Dan Ranap

Aku seorang anak tunggal yg dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana dan bahagia. Semasa kecil,aku menangis dengan perkara remeh. Mengada-ngada. Kini, bila dah dewasa, aku masih menangis. Menangis dan menangis. Itu bukan bermaksud aku lembik, lemah. Tapi untuk menguatkan hati.

Kenapa menangis?

Menangis kerana kebahagian itu hilang. Ranap. Musnah. Aku Cuba untuk membinanya semula, tapi ia ranap dan musnah buat kali kedua. Aku cuba tabahkan hati, menguatkan semangat untuk membina kebahagian yg telah mati itu, aku hampir berjaya, tapi disebabkan seseorang, ia ranap kembali. Musnah berkecai. Aku menangis. Adakah ini pengakhirannya? Itu hak aku. Keluarga aku. Itu tanggungjawab aku untuk melindungi kebahagian itu daripada hilang. Aku gagal.

Hanya Allah yg mampu mengubat hati yg sudah berkecai. Tak mampu untuk bangkit daripada jatuh yang perit ini. Nasiblah masih ada manual yang qadim, Al-Quran. Alhamdulillah, rasa tenang.

Mungkin ini semua cubaan daripada-Nya. Aku terima dengan redha. Tapi, aku inginkan kebahagian itu datang kembali. Seperti dahulu kala, sewaktu aku kecil. Rasa kasih-sayang yang amat berharga daripada harta dunia. Ye, jangan mudah putus semangat.

"Kau boleh, Tasha!!! Kau mampu"
Aku boleh hadapi ni semua. Walaupun aku keliru, aku akan cari jalan keluar. InsyaAllah.

Ya Allah, kuatkan imanku.