Saturday, January 04, 2014

Hari ini

Assalamualaikum
Aku muncul lagi...dah lama tak update story dalam blog yang uzur ni.

Hari ini aku nak berkongsi cerita dengan korang semua tentang ''Haiwan Jalanan''
Jumlah haiwan jalanan kian meningkat setiap hari. Bila nampak anjing @ kucing yang kurap, buruk, luka sana sini, patah kaki, ayat pertama bagi orang yang ada hati perut ialan ''Kesiannya'' tapi bagi orang yang tak ambil kesah mesti kata ''Eeee''. Bagi aku orang yang jenis ''Eee'' memang kejam. Sebab mereka menganggap haiwan jalanan ni semua macam sampah. Dan Useless. Wahai golongan tersebut, haiwan jalanan juga ada perasaan seperti manusia biasa. Cuma yang membezakan haiwan dan manusia ialah Akal fikiran. Kadang-kadang aku rasa haiwan lebih berhati perut daripada manusia.

Bagi aku, haiwan jalanan ni sangat unik. Sebab apa? Mereka ni bijak cari makanan, tempat berteduh, selamatkan diri daripada bahaya. Mereka nak hidup. Jadi mereka perlu berdikari untuk meneruskan kehidupan walaupun tanpa akal. Walaupun tanpa tuan. Mereka tak pernah jangka bahawa mereka dilahirkan sebegini. Hidup di dunia yang kejam dan selalu diketepikan kerana rupa paras mereka yang ''Buruk''. jika mereka ada peluang untuk hidup bahagia, walaupun hanya sekejap, mesti mereka berasa bersyukur tak terhingga.

Kalau direstoran, aku nampak kucing jalanan meminta makanan walaupun sedikit,mereka tak kesah. Walaupun ia hanya sisa, tapi dah cukup berharga. Dah cukup mengalas perut mereka bagi meneruskan kehidupan pada esok hari. Orang yang bagus, dia akan bagi sedikit makanan kepada si ''bulus'' yang kelaparan. Tapi, bagi orang yang kedekut, dia akan berkata ''Membazir je bagi kucing ni''. Singkatnya pemikiran orang sebegitu. Si ''bulus'' hanya minta sedikit makanan. Bukan sepinggan. Itu pun dah dikira sedekah.

Tadi masa aku pergi ke Mydin, aku ternampak sekumpulan anjing jalanan sedang tidur di lantai. Lena sungguh. Alahai comelnya walaupun kau berkurap. Semuanya ada 6 ekor. Seekor tu aku nampak kaki dia patah dan ekor pun ketot. Mungkin ekor dia patah. Tersentuh aku melihat mereka. Walaupun mereka hanya anjing buruk, tapi mereka masih punya keluarga walaupun tak sempurna, walaupun bukan dari baka yang cantik. Yang lagi aku rasa tersentuh bila kawan kepada anjing yg patah kaki tu sentiasa iring supaya dapat berjalan dengan sempurna. Aku menangis. Sebab kasih sayang mereka tu sangat utuh.
Walaupun
 makanan mereka hanyalah sisa
Katil mereka hanyalah jalan raya
Minuman mereka hanyalah kelopak air
Dan
Mainan mereka hanyalah sampah

Tapi,secara konklusinya aku dapat melihat mereka ini bahagia.