Tuesday, November 20, 2012

Aku Kembali! Wallaweh

Assalamualaikum makhluk bumi! Sangat lama tak ber-blog.Rindu tak dengan aku?HAAHHAHAHAHAHAHA!

Kini,aku dah habis PMR! HOORAY! Tapi...ia hanya sementara. Results PMR BULAN DEPAN! 
Aku harap sangat keputusan aku cemerlang.Kalau tak dapat 8A sekali pun,at least biarlah 7A atau 6A.Itu sudah cukup memadai untuk aku.Hehehe ye lah.Aku takut sikit nak target banyak-banyak ni.Takut nanti tak tercapai pulak kan?! HOHOHO
Sebenarnya kan aku banyak story nak post dalam blog aku ni.Tapi disebabkan PENYAKIT M aku datang pada setiap kali nak ber-blog ni,langsung aku tak berkesempatan nak post.Hehehe almaklumlah,aku ni bukan rajin sangat pun. :D

Minggu lepas iaitu hari Isnin 12/11/2012
Aku pergi ke TELUK BATIK! Wohooo! Sebenarnya kami tak plan pun nak pergi.Tapi disebabkan kakak angkat aku iaitu,kak Munirah nama diberi mengajak dan menjemput kami ke Chicken Rice Shop,Tesco Manjung,kami pun dengan senang hati dan berlapang dada pergi lah.HOHOHO bak kata orang melayu ''Rezeki Jangan DiTolak'' hehehehe.

Jeng jeng jeng...Nak tengok gambar saat-saat manis kami bersama tak?! Ok! Let's go!




Haa kalau nak tahu yang pakai baju kuning tu lah Kak Munirah.Dia sangat baik dan awek cun tau.Hehehehe
Bila dah kenyang,kami pun rehat-rehat then solat lepas tu teruskan perjalanan kami ke Teluk Batik! Sebenarnya secara kebetulan je.Sebab sekali jalan.


 Kungfu Panda.Haiiyaakk!
 .Muahahahaha yang tak boleh blah tu time kami tengok orang yang naik Banana boat tu.Sumpah lawak tahap gaban gila! HAHAHAHA! aku tak boleh control gelak.
HAHAHAHA memang best time kat Teluk Batik.Lompat-lompat macam kera,gelak-gelak macam Langsuir,bergambar macam Super star KONONnya lah. Habis seluar aku dibasahi dengan air laut dan pasir.Habis lenjun. Tapi memang gembira tak terhingga lah! ;)

Sebaik sahaja kami menghabiskan masa di Teluk Batik,kami pergi ke Pulau Pangkor.Tapi tak ada gambarnya sebab kami pergi sekejap je.Sekadar cuci mata nak beli cenderahati. Lepastu kami pun memulakan perjalanan ke Kedah.Aku pun turut ikut sekali.Cuti-cuti Malaysia lah ni.

Ok! sampai disini sahaja entri aku untuk kali ni.Nanti aku akan ceritakan lagi ye?Hehehehe Terima kasih sebab sudi membaca.Harap-harap tak bosan mana lah.Hehehe (Y)

Assalamualaikum! Tata tutu titi toto. :D