Friday, August 24, 2012

Raya Rayan 2012!

Assalamualaikum bulan Syawal! Assalamualaikum Muslims! :)
Saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua.Mungkin agak lambat tapi baru ada masa.Cewaah.Hehehehe (Y)
Aku beraya di Kg. Sintok Bugis,Kota Kuala Muda,Kedah.Itu merupakan kampung aku.Walaupun hanyalah rumah ibu saudara saya je. :D Saya ada gambar hari raya kat sana.Of course lah angah saya punya gambar.HOHOHOHO
Masa Hari Raya Pertama aku beraya kat rumah je.Sibuk bertangkap gambar. nak tengok?nak tengok? Jeng jeng jeng.... Kami tahun ni Purple!!! :D







Seterusnya sesi bermaaf-maafan di pagi Syawal sambil dapat duit raya! HAAHAHA! Bahagia!





Hari raya ke dua hanya duduk di rumah je pun.Ramai cousin datang.Dari Sarawak,Bangi dan berdekatan.Kami buat BBQ,laksa dan ABC special.HOHOHOHO aku makan 5 ketul ayam panggang.2 kali makan ABC dan laksa sekali.Sedap hingga menjilat jari jemari. :D

Hari Raya ketiga kami pergi ke Penang.Jalan-jalan kat situ.Pengakuan aku,first time aku naik feri yang bawak kereta tu! HAHAHAHAHA! dah rupa beruk je time tu ke hulur ke hilir tak tentu pasal. xD

Time ni kami kat atas jambatan Pulau Penang.OTW nak pergi ke Queens bay dan SunShine .Kami berhenti kat lorong kecemasan.HAHAHAHA! suka hati je. xD
Time ni kami kat Sunshine.Main bowling kot! Ini guna Instageram geram.HAHAHA sorry kalau kalau gigi aku tu menakutkan.Hehehe :p Big Teeth (Gigi besar) lah katakan.

Masa raya keempat kami just pergi kat Pantai Merdeka sebab aku nak balik time tu.Balik kemana?Ke rumah ku! Gopeng,Perak!!! Yeaaaay!
HAHAHA
Tak lawak? memang... :P



Aku comel??? Terima kasih! Choki-choki dah habislah bro.Tam Tam nak? HAHAHAHA! *peace* terima kasih! Saya hargai pujian/perlian/membahan saya tu. n_n

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUANYA!!! My last photo.Muka aku dan ibubapa ku..Tadaaaaa

Sorry muka asdfghjkl.Muka blank.HAHAHA! *bye bye*

Tuesday, August 07, 2012

Akhirnya....

Assalamualaikum! Hai semua! Holla everyone! Eh apa yang aku maksudkan dengan ''Akhirnya...'' ? Ayat tergantung.Haaa aku just nak cakap yang TRIAL PMR AKU DAH TAMAT! Sabar-sabar.Bawa bertenang.Duduk kat situ diam-diam.Aku nak bercerita ni.Kaku kot dah lama tak tulis blog ni. *tarik nafas* *hembus nafas*

Pada pukul 11:15 pagi bersamaan dengan hari Rabu,Tarikh 8/8/2012 Ramadan yang ke 19.Trial PMR negeri Perak tamat.Lagi 5 minit kertas terakhir aku nak tamat aku rasa begitu teruja nak balik rumah.Sebab apa? Aku nak tidur!!!! HAHAHAHA selama seminggu aku berasa begitu stress sebab asyik membaca tanpa henti.Uiiit pening kot!

Subject terakhir tadi ialah Sejarah dan KH.Memang aku tak ready pun untuk kertas KH.Dan aku tak baca pun.Cuma Sejarah je aku baca,

Mari bertanya pengalaman aku selama trial di bulan Ramadan :

Macam mana persiapan kau untuk trial? OK atau KO?
Ok hanya untuk subjek yang aku suka iaitu :Geo,BM,BI,Mathematics,Science dan PAI
KO bila time KH.Otak blank.Sejarah pula rasa tak seberapa yakin.

Perasaan bila nampak cikgu pegang kertas trial? 
Rasa nak hentak kepala kat dinding jamban.

Macam mana nak jawab soalan yang kau sendiri tak tahu tapi terpaksa jawab juga?
Mulakan dengan Bismillah.Kalau ada pilihan A,B,C,D aku akan buat A.Sebab aku nak dapat A.HAHAHA jangan gelak.Tak lawak pun. :P Kalau paper 2 aku terpaksa buat-buat faham je.Tawakal.

Ada nampak orang meniru?
Ada sangat.Siap panjangkan tengkuk lagi.Berlambak.Tapi aku tak kesah sebab aku tahu results mereka mesti hancuss.Tak berkat langsung! Haaa padan muka. HOHOHO

Macam mana suasana ketika Trial PMR ?
Macam kat bilik tidur.Senyap je.Hanya bunyi kipas yang dengar.Muka calon-calon dalam dewan peperiksaan semua macam ikan todak.Ada je muka yang macam asdfghjkl.Susah nak terangkan.Ada yang ketip kuku.Ada yang conteng-conteng kertas soalan.Ada yang tertidur.Ada yang baling-baling serbuk pemadam...

Target berapa A dalam Trial PMR?
4A cukup lah kot.Dan aku tak nak C.Nanti mak aku bising.Habis dapat ceramah free.

-->Fiuh banyak soalan yang aku dah jawab.Cewaah.Hahahaha terlebih sudah! Terasa macam artist-artist tempatan yang menjawab soalan kat Melodi je.
Macam tu lah ceritanya...Akhirnya Trial PMR dah tamat.Sekarang masa untuk menunggu results.Adeh itu lagi menakutkan.Sangat seram....

Ok lah semua.Terpaksa mengundurkan diri.Minta maaf kalau ada silap dalam post aku kali ni.Assalamualaikum! :D

*Gambar hot kononnya.HAHAHA saja nak upload.Aku ada bakat  jadi model  tak?* HAHAHAHA xD